Tips | Ventura Trans & Services Malaysia - Page 6

Hi semua, good evening.

Tadi waktu admin tengah scroll-scroll facebook, admin ada terbaca satu posting dari facebook Pos Kereta Ke Sabah dan Sarawak, mereka sekarang tengah buat promosi Best Offer CNY Sales and Lucky Draw untuk servis pos hantar kereta dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Kalau korang ade keperluan untuk hantar kereta ke Sabah dan Sarawak, Cepat2 la grab peluang ni! Sebab promosi ini hanya valid hingga akhir Januari ini sahaja.

Untuk promosi CNY Sales ini, mereka memberi penjimatan harga pos penghantaran ke Sabah dan Sarawak sebanyak RM49 Ringgit bagi Kereta Jenis Penumpang seperti Sedan/Hatchback & Kereta Jenis Komersial seperti MPV/SUV/4×4 sahaja.

Promosi ini bermula hari ini 9 Januari 2023 sehingga akhir bulan ini.

Selain tu, semua pelanggan yang membuat tempahan / booking slot dalam bulan januari ini berpeluang untuk menyertai Lucky Draw untuk memenangi wang tunai yang bernilai RM88 dan RM188 yang disediakan oleh Ventura Trans and Service bersempena sambutan CNY ini. Akan tetapi, hanya 15 orang pelanggan bertuah sahaja yang akan terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah ini!

Jadi tunggu apa lagi? Jom booking slot sekarang! Anda mungkin salah seorang pemenang yang bertuah!

Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services https://www.venturamalaysia.com.my untuk maklumat lanjut ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

*Sebarang pindaan tertakluk pada perubahan semasa.


Hi kepada semua pembaca blog Tentang Roda. Harini admin nak cerita sikit tentang Proses Pos Hantar Kereta dari/ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak dari syarikat Ventura Trans and Services. Untuk mengetahui bagaimana process penghantaran kenderaan melalui syarikat Ventura dilakukan, anda boleh lihat gambar rajah seperti di bawah. Gambar menunjukkan bagaimana proses tempahan slot penghantaran kenderaan dengan syarikat Ventura Tran and Services:

1. Dapatkan maklumat dan tarikh penghantaran dari kakitangan / agen Ventura. Anda boleh melayari lawan sesawang ventura https://www.venturamalaysia.com.my atau hubungi hotline / WhatApps Ventura pada nombor 010-3851177 yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2. Untuk membuat tempahan slot penghantaran, anda perlulah membuat penyerahan dokumen yang lengkap kepada PIC (Person In-Charge) Ventura melalui email atau WhatApps. Dokumen tersebut adalah seperti Geran Kenderaan, Surat Kebenaran Bank/ Polisi Insuran dan Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan.

3. Tempah yang telah selesai akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan anda perlu membuat pengesahan maklumat tersebut.

4. Untuk penghantaran kenderaan pelanggan ke stor Ventura perlu dilaksanakan 4 hari sebelum tarikh pelayaranyang telah ditetapkan dan pemeriksaan keseluruhan kenderaan pelanggan akan dilaksanankan apabila kenderaan tiba di stor dan ia akan disimpan di dalam stor Ventura sementara menunggu untuk kapal berlayar.

5. Berkenaan dengan pembayaran, anda boleh membuat pembayaran secara deposit terlebih dahulu atau bayar secara lump sum selepas kereta anda sampai ke destinasi. Pembayaran akan terus masuk ke akaun syarikat Ventura Trans and Services.

6. Kapal yang digunakan untuk membawa kenderaan adalah Kapal RORO dari Perlabuhan A ke Perlabuhan B.

7. Pemeriksaan KASTAM akan dikenakan apabila kenderaan sampai di Perlabuhan B. Setelah selesai urusan KASTAM dan dokumentasi, pengambilan kenderaan boleh dilaksanakan selepas anda menerima panggilan dari PIC (Person In-Charge) di perlabuhan tersebut.

Sampai di sini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia https://www.venturamalaysia.com.my atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombor Ventura Trans & Services Malaysia

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

 


Tahukah anda? Selain penghantaran kereta dan motosikal dari/ke Sabah dan Sarawak, Ventura Trans and Services juga ada menawarkan penghantaran untuk kenderaan berat (Heavy Unit) seperti van, lori, bas, jentera berat (Loader, Forklift, Excavator) dan kenderaan yang serupa denganya. Jadi kali ini, admin nak share langkah-langkah untuk menghantar kenderaan berat (Heavy Unit) dengan Ventura Trans and Service dan bagaimana kos menghantar kenderaan berat dikira. Berikut adalah langkah-langkah penghantaran kenderaan berat (Heavy Unit) yang perlu pelanggan lakukan:

  1. Nyatakan model dan tahun kenderaan heavy unit yang anda ingin hantar.
  2. Ambil gambar kenderaan berserta ukuran panjang, tinggi dan lebar kenderaan dalam unit cm/m.
  3. Hantarkan semua maklumat tersebut kepada pihak ventura untuk pengiraan kos penghantaran mengikut jumlah meter kubik (M3).
  4. Jika anda bersetuju dengan harga kos penghantaran yang diberikan, anda boleh teruskan membuat tempahan slot penghantaran.

Untuk pengetahuan anda, harga kos penghantaran bagi setiap kenderaan berat dikira berdasarkan kepada ukuran M3 kubik kenderaan tersebut.

Formula kiraan ukuran M3:

M3 = Lebar x Panjang x Tinggi, dalam bacaan cm/m.

 

PENGHANTARAN PERALATAN TAMBAHAN LAIN

Selain itu, pihak ventura juga boleh mengaturkan penghantaran peralatan tambahan lain bagi jentera berat contoh seperti Boom Excavator, Arm Excavator, Bucket Excavator dan lain-lain dengan menggunakan kapal kontena. Bagi kos penghantaran peralatan tambahan lain pula, ia juga akan dikira mengikut ukuran M3 sama seperti formula di atas. Sila rujuk pada gambar dibawah untuk proses menghantar peralatan tambahan lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai pos kereta ke Sabah dan Sarawak, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombor Ventura Trans & Services Malaysia


Tahukah anda tayar merupakankompenenyang paling penting dalam sesebuah kenderaan yang bergerak, tidak kiralah ia bersaiz bersar atau kecil. Dipasaran ade pelbagai jenis dan jenama tayar dan pada setiap tayar juga mempunyai kod dan fungsinya yang berbeza. Untuk mereka yang tidak tahu apa fungsi kod-kod tersebut, mari kita ulang kaji fungsi-fungsi tentang fungsi-fungsi kod tersebut.

Contoh kod tayar kenderaan: P195/55/R1687V 

  1. Huruf di hadapan, sebagai contoh:P, menerangkan jenis kenderaan yang boleh digunakan oleh tayar tersebut.

i. P: Kereta penumpang (Passenger Car)

ii. LT: Trak ringan (Light Truck)

iii.  ST: Treler khas (Special Trailer)

iv. T: Sementara (Temporary) (kegunaannya hanya untuk tayar gantian “jimat-ruang” sementara sahaja). Sila tukar tayar anda dengan kadar segera.

3. Nombor di hadapan sekali – contoh: 195 adalah mewakili lebar tayar anda.

4. Nombor seterusnya pula –contoh: 55 adalah peratus ketinggian tayar daripada jumlah lebar tayar tersebut.

5. Huruf R pula bermaksud Radial. (Jenis pembinaan tayar)

6. Nombor seterusnya seterusnya – contoh: 16 adalah saiz rim untuk tayar tersebut dalam inci

7. Nombor berikutnya – contoh: 87 adalah had maksimum bebanan

8. Huruf terakhir – contoh: V adalah had maksimum kelajuan 240 km / jam (Jadi jangan main tekan pedal ikut suka ya!).

Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:

 

Treadwear (bunga tayar): contoh Treadwear 320 traction AA temperature A.

Ia membawa maksud bahawa kadar kehausan bunga tayar tersebut adalah 320. Semakin tinggi nilai (nombor tertera) semakin tebal dan lambat haus bunga tayar tersebut. Perlu diingatkan bahawa ini hanya panduan sahaja kerana kehausan bunga tayar turut melibatkan cara pemanduan anda sendiri, penjagaan tayar tersebut seperti kadar angin tayar, penjajaran dan penyelasaran (balancing dan alignment), keadaan jalan raya dan cuaca.

Traction A pula terbahagi kepada AA yang membawa maksud paling bagus diikuti dengan A, B dan C. Label Traction ialah ukuran keupayaan tayar untuk berhenti di atas permukaan yang lurus dan basah di bawah keadaan terkawal.

Temperature A iaitu ketahanan suhu seperti berikut:

      1. A: kawasan panas
      2. B: kawasan bercuaca normal/biasa
      3. C: kawasan sejuk

Selain itu, tayar juga mempunyai tarikh pengeluaran dan tarikh luput. Di setiap tayar ada 4 angka tercatit di bahagian sisi tayar sebagai contoh – 0518. Nombor tersebut menunjukkan tayar tersebut telah dikeluarkan pada minggu ke-5 tahun 2018.  Untuk tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya telah menjadi keras kerana ia sudah tamat tempoh. Jadi sebelum menukar tayar baharu cuba anda pastikan tahun pengeluarannya, sebaik-baiknya adalah tahun yang terkini.

Jika anda membeli tayar keluaran tahun 2016 (contoh), anda boleh cuba meminta potongan harga sebanyak 20 sehingga 60 peratus daripada harga asal; lebih lama (tua) tayar yang telah dikeluarkan, lebih banyak anda disarankan meminta diskaun atau potongan harga kerana itu hak anda sebagai pengguna.

Jadi pengguna yang bijak dan rajin-rajin lah membuat kaji selidik dan perbandingan harga kerana setiap kedai tayar menawarkan harga dan jenama yang berlainan dan terpulang kepada kebijaksanaan anda membuat penilaian! Jangan diguna tayar celup pula ya!

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.

Ventura Towing & Car Carrier

No tel: +6010-966 6400 – Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.


Hi semua, kembali lagi bersama admin harini. Harini admin nak share lagi tentang promosi terbaru yang Ventura Trans & Services tawarkan. Selain itu, admin difahamkan mulai pertengahan bulan september lepas ada kenaikan harga untuk penghantaran kenderaan dari/ke Sabah & Sarawak yang disebabkan kenaikan harga bahan bakar & LSS. Akan tetapi kami Ventura Trans & Services tetap terus memberikan promosi kepada pelanggan mereka.

Promosi kali ini, Ventura Trans & Services menawarkan PROMOSI AKHIR TAHUN dengan penjimatan harga sebanyak RM65 ringgit kepada semua pelanggan yang menggunakan servis mereka untuk menghantar kereta dari Semenanjung (Port Klang) ke Sabah & Sarawak dan ia hanya terhad kepada Kereta Jenis Penumpang seperti Sedan/Hatchback & Kereta Jenis Komersial seperti MPV/SUV/4×4 sahaja.

 

Promosi ini telah bermula pada 17 September 2022 sehingga akhir tahun ini.

Jadi tunggu apa lagi? Marilah tempah slot anda sekarang! Anda akan jimat RM65! Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia untuk maklumat lanjut ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan: Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

*Sebarang pindaan tertakluk pada perubahan semasa.

 


Hari ini saya nak share-kan dengan korang perkara penting yang kita perlu tahu sebelum nak servis kereta supaya kita TIDAK TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1.     Minyak Hitam

Minyak hitam yang non-sintetik perlu ditukar setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Untuk minyak hitam sintetik mungkin perlu ditukar setiap 7,500 km atau 10,000 km.

2.     Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar setiap 5,000 km dan minyak sintetik perlu tukar 7,500 km hingga 10,000 km. Dengan erti kata lain, tukar filter minyak (oil filter) sekali bila tukar minyak enjin.

3.     Spark Plug

Jika ikut schedule maintenance book, boleh pakai sampai 20,000 km. But it’s okay to use it up till 30k – 40k. Tapi di suggest-kan tukar jika dah guna lebih dari 40k kerana electrode mungkin dah nipis. Spark plug biasa ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug. Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

4.     Battery Kereta

Bateri kereta biasanya tahan selama 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang kepada cara penggunaan. Untuk kereta yang menggunakan bateri basah, kita selalu kena topup air suling supaya boleh bertahan hingga 2 tahun. Tapi kalau nak mudah guna bateri kering. Kan tetapi, kereta kena selalu dihidupkan supaya bateri dapat di charge semula dan tidak mudah KONG.

5.     Timing Belt

Banyak orang tak tahu, jangka hayat untuk menukar timing belt mengikut jenis kereta yang kita gunakan. Tetapi saya cadangkan untuk menukar timing belt setiap 100,000 km bergantung kepada jenis timing belt yang digunakan.

6.     Clutch Plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7.     Fuel Filter

Tukar fuel filter sekitar 40,000 km.

8.     Air Filter

Boleh ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9.     ATF (Automatic Transmission Fluid)

 

Minyak ATF sangat penting bagi yang pakai kereta AUTO dan perlu di tukar setiap 20,000 km. Akan tetapi, ia boleh extend sehingga 30,000 km kepda mereka yang nak jimat. Minyak ini penting untuk ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada AUTO gearbox jika tidak tukar.

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100…ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil

Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Minyak ni boleh ditukar 60,000 km sekali.

11. Brake Fluid & Power Steering Fluid

Flush keluar dan ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant

Boleh ditukar setiap 60,000 km sekali! Fungsi coolant dapat panaskan enjin dengan lebih cepat dan tidak mudah mendidih. Anda juga boleh menggunakan air paip sebagai radiator coolant jika nak jimat. Akan tetapi anda kena selalu check sebab takut air dalam radiator tu kering.

13. Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Akan tetapi jika di bahagian ribs sudah ada kesan crack-crack halus, disarankan untuk tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar belt-belt ni.

14. Water Pump

Disarankan menukar water pump apabila menukar timing belt untuk kali yang kedua. Contoh jika anda menukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila anda menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km dan eloklah tukar sekali dgn water pump. Hal ini kerana, timing belt perlu dibuka terlebih dahulu untuk menukar water pump dan jika dibuat sekali ia dapat jimatkan extra labor charge.

15. Brake Pad

Brake pad disarankan tukar bila dah haus atau rasa brake kurang mengigit. Biasanya ditukar tiga hingga empat tahun sekali seperti minyak brake.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian kami. Dan kami harapkan semoga info perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Jom di sini saya sharekan sedikit cara atau langkah untuk menghantar kenderaan Heavy Unit seperti lori/van/bas/jentera dan kenderaan yang serupa dengannya. Harga kenderaan akan dikira mengikut ukuran meter kubik (M3). Anda boleh rujuk panduan dibawah:  

Ibu Pejabat (HQ)

Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd
(1353137-M)
No. 4230-AA, Persiaran Raja Muda Musa,
Kampung Raja Uda,
42000, Klang, Selangor

Hotline

+6 010 385 1177