Soalan Lazim (FAQ)

Adakah saya boleh menghantar kenderaan jika mempunyai saman yang belum diselesaikan?

Kenderaan masih boleh dihantar/ dipos tanpa sebarang masalah.

Berapa lama masa diperlukan untuk proses pelepasan kastam di Sabah dan Sarawak?

Ia mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk pelepasan kastam selepas tarikh kapal ETA di Sabah dan Sarawak

Apakah jenis dokumentasi yang diperlukan untuk proses penghantaran kenderaan ?
  1. Kad Pengenalan Diri (halaman depan & halaman belakang)
  2. Pendaftaran Kenderaan (halaman depan & halaman belakang)
  3. Surat Pelepasan Bank (untuk kenderaan yang masih dalam pinjaman bank)
Bilakah saya perlu membuat pembayaran?

Bayaran hendaklah dibuat sehari sebelum kapal belayar dari pelabuhan.

Adakah saya dibenarkan membawa barang peribadi di dalam kenderaan?

Bagi semua pelanggan yang ingin membawa barangan peribadi hanya dibenarkan 3-4 kotak sahaja (40.0 kg ke bawah) dan dimuatkan di bahagian kerusi penumpang sebelah belakang. Barangan peribadi yang berharga / wang / barang kemas / elektrik / bahan letupan / makanan  adalah tidak dibenarkan.  

Nota: Tiada Sebarang Jaminan Ganti Rugi Setiap Barang Peribadi yang dibawa dan ia dibawa risiko pelanggan masing-masing