Hari ini saya nak share-kan dengan korang perkara penting yang kita perlu tahu sebelum nak servis kereta supaya kita TIDAK TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1.     Minyak Hitam

Minyak hitam yang non-sintetik perlu ditukar setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Untuk minyak hitam sintetik mungkin perlu ditukar setiap 7,500 km atau 10,000 km.

2.     Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar setiap 5,000 km dan minyak sintetik perlu tukar 7,500 km hingga 10,000 km. Dengan erti kata lain, tukar filter minyak (oil filter) sekali bila tukar minyak enjin.

3.     Spark Plug

Jika ikut schedule maintenance book, boleh pakai sampai 20,000 km. But it’s okay to use it up till 30k – 40k. Tapi di suggest-kan tukar jika dah guna lebih dari 40k kerana electrode mungkin dah nipis. Spark plug biasa ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug. Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

4.     Battery Kereta

Bateri kereta biasanya tahan selama 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang kepada cara penggunaan. Untuk kereta yang menggunakan bateri basah, kita selalu kena topup air suling supaya boleh bertahan hingga 2 tahun. Tapi kalau nak mudah guna bateri kering. Kan tetapi, kereta kena selalu dihidupkan supaya bateri dapat di charge semula dan tidak mudah KONG.

5.     Timing Belt

Banyak orang tak tahu, jangka hayat untuk menukar timing belt mengikut jenis kereta yang kita gunakan. Tetapi saya cadangkan untuk menukar timing belt setiap 100,000 km bergantung kepada jenis timing belt yang digunakan.

6.     Clutch Plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7.     Fuel Filter

Tukar fuel filter sekitar 40,000 km.

8.     Air Filter

Boleh ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9.     ATF (Automatic Transmission Fluid)

 

Minyak ATF sangat penting bagi yang pakai kereta AUTO dan perlu di tukar setiap 20,000 km. Akan tetapi, ia boleh extend sehingga 30,000 km kepda mereka yang nak jimat. Minyak ini penting untuk ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada AUTO gearbox jika tidak tukar.

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100…ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil

Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Minyak ni boleh ditukar 60,000 km sekali.

11. Brake Fluid & Power Steering Fluid

Flush keluar dan ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant

Boleh ditukar setiap 60,000 km sekali! Fungsi coolant dapat panaskan enjin dengan lebih cepat dan tidak mudah mendidih. Anda juga boleh menggunakan air paip sebagai radiator coolant jika nak jimat. Akan tetapi anda kena selalu check sebab takut air dalam radiator tu kering.

13. Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Akan tetapi jika di bahagian ribs sudah ada kesan crack-crack halus, disarankan untuk tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar belt-belt ni.

14. Water Pump

Disarankan menukar water pump apabila menukar timing belt untuk kali yang kedua. Contoh jika anda menukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila anda menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km dan eloklah tukar sekali dgn water pump. Hal ini kerana, timing belt perlu dibuka terlebih dahulu untuk menukar water pump dan jika dibuat sekali ia dapat jimatkan extra labor charge.

15. Brake Pad

Brake pad disarankan tukar bila dah haus atau rasa brake kurang mengigit. Biasanya ditukar tiga hingga empat tahun sekali seperti minyak brake.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian kami. Dan kami harapkan semoga info perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Jom di sini saya sharekan sedikit cara atau langkah untuk menghantar kenderaan Heavy Unit seperti lori/van/bas/jentera dan kenderaan yang serupa dengannya. Harga kenderaan akan dikira mengikut ukuran meter kubik (M3). Anda boleh rujuk panduan dibawah:  

Seperti yang telah Tentang Roda kongikan sebelum ini iaitu tentang sebuah syarikat perkapalan yang menyediakan servis penghantaran kereta iaitu Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd. Kali ini Tentang Roda kongsikan beberapa sebab kenapa anda mesti memilih syarikat penghantaran kereta Ventura ini antaranya ialah:

    1. LANJUTAN MASA

Mereka bukan sekadar syarikat pengangkutan yang bekerja 9-5 jam. Mereka berada di sini 365 hari setahun dan bekerja dengan lanjutan masa. Mereka sentiasa bersedia untuk menjawan soalan pengangkutan kenderaan anda atau perkara yang menjadikan mereka yang terbaik daripada semua syarikat pemindahan kereta.

    1. INSURANS MARIN

Syarikat pengangkutan kereta menyertakan perlindungan insurans dalam sebut harga penghantaran anda. Pengangkut kenderaan pilihan mereka mesti memenuhi piawaian insurans sebelum layak menjadi sebahagian daripada rangkaian pembawa mereka.

    1. STAFF YANG PROFESIONAL

Mereka adalah syarikat pengangkutan bertaraf tinggi. Jadi kereta anda akan pergi dari Point A ke Point B tanpa anda perlu mengeluarkan sedikit peluh. Dengan menghantar kereta anda terus ke pintu dengan membenarkan pakar untuk mengendalikan setiap langkah proses dan memastikan tiada halangan laju di sepanjang jalan.

    1. PENDEKATAN PERIBADI

Mengapa memilik Syarikat Perkapalan Ventura? Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd bekerjasama dengan anda melalui setiap langkah pergerakan kereta atau motosikal anda. Alami penghantaran tanpa kerumitan apabila anda memilih mereka sebagai pengangkut kereta anda dan nikmati proses penghantaran yang mudah dan tidak membebankan.

    1. PENASIHAT YANG BERDEDIKASI

Kepada pelanggan mengatakan Ventura adalah syarikat terbaik untuk menghantar kereta? Penasihat syarikat pengangkutan professional mereka bekerja dengan penuh semangat untuk memastikan anda bekerja dengan syarikat pengangkutan kenderaan terbaik. Mereka akan memantau penghantaran anda sepanjang masa dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.

Selain itu, mereka juga menyediakan servis lain juga iaitu:
    1. KARGO RORO

– Port Klang to Port Kota Kinabalu / Kuching

– Port Kota Kinabalu to Port Klang / Kuching

– Port Kuching to Port Klang

    1. PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN

Mereka bekerjasama dengan ada melalui setiap langkah dan mereka juga menawarkan servis pengambilan dari lokasi pelanggan dan penghantaran kenderaan di destinasi.

    1. PERKHIDMATAN KURIER PROFESIONAL

Nikmati penghantaran tanpa kerumitan apabila anda memilih mereka sebagai pengangkut kenderaan anda dan nikmati proses penghantaran yang mudah dan pantas.

Maklumat ini bermanfaat kepada mereka yang ingin membuat penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sila Like dan Share info ini kepada rakan-rakan anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari official website Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd dengan melayari lawan web mereka iaitu Ventura Malaysia.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Hotline Number yang tertera dibawah
Encik Faiz: 010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.


    1. PASTIKAN TAYAR BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK

 

Tayar adalah salah satu komponen kereta yang penting untuk memastikan perjalanan anda selamat. Prestasi pemanduan, pengendalian, pecutan dan brek dipengaruhi oleh tekanan angin tayar yang mencukupi. Oleh sebab itu, tayar yang kekurangan angin memberi impak besar terhadap keselamatan seseorang.

Amalan memeriksa tayar kenderaan setiap seminggu sekali dan sebelum memandu adalah amat penting. Perhatikan tekanan angin, tanda kehausan dan kondisi tayar jika terdapat kesan kerosakan contohnya lusuh, pecah, rekah dan retak. Elakkan daripada membiarkan ketebalan bunga tayar kurang daripada 3mm. Tekanan angin untuk tayar boleh dibaca melalui buku manual pada pelekat di bingkai pintu.

    1.    PASTIKAN ENJIN SENTIASA SEJUK

 

Penyejuk Radiator atau lebih dikenali sebagai radiator coolant perlulah diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat kereta. Harga bagi sebotol penyejuk radiator ini adalah sekitar RM8 sehingga RM15 dan kebanyakannya berwarna hijau. Penyejuk radiator ini perlulah ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan penyejuk radiator akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan tidak mudah mendidih berbanding menggunakan air. Sebaiknya, anda perlulah mengosongkan tangki radiator semasa proses penukaran penyejuk radiator atau radiator flush.

    1.   PASTIKAN LAMPU KERETA BERFUNGSI DENGAN BAIK

 

Kebanyakan pemandu memeriksa kesihatan lampu kereta mereka sedangkan sistem pencahayaan yang berfungsi dengan baik amat penting untuk keselamatan perjalanan dan pemanduan mereka terutama ketika memandu pada waktu malam. Perhatikan keadaan lampu sama ada meminta rakan atau penumpang yang berada disebelah pemandu untuk melihat keadaan lampu dari luar atau anda juga boleh untuk melihat dan memeriksanya sendiri.

Terdapat 7 jenis lampu yang terlibat dalam pemeriksaan yang perlu dibuat:

        • Lampu Siang Hari (Daytime Running Light)
        • Lampu Kabus (Fog Lamp)
        • Lampu Suluh-Rendah (Low-Beam)
        • Lampu Suluh-Tinggi (High-Beam)
        • Lampu Brake (Brek Light)
        • Lampu Isyarat Pusing (Turning Signal Lamp)
        • Lampu Berhenti (Stop Lamp/Tail)
        • Lampu Bahaya (Hazard Light)
    1.   PASTIKAN ANDA SENTIASA MEMERIKSA BATERI KERETA

   

Bagi mengelak sebarang masalah atau kegagalan kuasa, anda haruslah memeriksa bateri kereta setiap sebulan sekali. Selain itu, anda hendaklah membersihkan terminal dengan menggunakan berus dawai dan pencuci khas untuk mengelak daripada berlakunya kakisan. Untuk mengurangkan kos, anda boleh juga menggunakan soda bikarbonat atau minuman Coca-Cola tetapi anda hendaklah memastikan iainya dibilas sebersihnya. Elakkan daripada menggunakan bahan kimia kuat.

Pastikan penutup lubang ketat ketika hendak mengisi air bateri supaya bahan cuci tidak memasukinya. Selepas penutup lubang kering sepenuhnya, bolehlah teruskan untuk semburkan bahan anti-karat pada terminal untuk mengelakkan daripada pembentukan kakisan. Kerapkan untuk memandu dalam jarak yang dekat dan sekali-sekali bergerak jauh kerana iainya adalah cara terbaik untuk memastikan bateri dicas dengan baik.

    1.    PASTIKAN PENAPIS KERETA DISERVIS DAN DITUKAR

 

Seperti yang kita ketahui terdapat 2 jenis penapis iaitu Penapis Enjin yang diletakkan dalam enjin dan Penapis Kabin yang juga dipanggil aircond yang diletakkan dalam kabin kereta. Pastikan kedua-dua penapis ini diservis dan ditukar apabila tiba masa untuk iainya perlu ditukar. Kotoran dan bendasing yang lama terkumpul pada penapis enjin boleh menyebabkan pembakaran enjin kurang optimum. Jika berlaku pada penapis kabin pula, penyaman udara pula menjadi kurang sejuk kerana kekurangan angin dan menyebabkan kabin berbau.

    1.    PASTIKAN SERVIS PENYAMAN UDARA DISERVIS

 

Penyaman udara haruslah diservis dan dijadikan sebagai rutin dengan menyenggarakannya setiap setahun sekali. Kos servis adalah berbeza mengikut jenis kenderaan dan bengkel, tetapi biasanya kos adalah sama sahaja dengan kos servis major.

Jika anda tidak mahu menanggung kos membaik pulih kenderaan akibat kerosakan yang mencecah sehingga empat angka, anda boleh juga mengamalkan amalan menabung setiap bulan untuk kos servis penyaman udara kereta.

    1.    PASTIKAN BREK DISERVIS

 

Anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15000 kilometer (km). Selain itu, anda juga perlu memeriksanya dengan lebih kerap sekiranya ia mengeluarkan bunyi memekik atau ketika tarik ke satu sisi.

Jika lapisan pad kelihatan menipis sehingga menghampiri pada blocking plate, pad perlulah diganti. Kadar kehausan ketebalan pelapik brake pad haruslah tidak kurang daripada 2 milimiter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brake kurang dari 2mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan ianya akan mengeluarkan bunyi yang menandakan paras minimum penggunaan brake pad harus segera ditukar.

    1.    MENGGUNAKAN MINYAK ENJIN PETRONAS SYNTIUM

 

Minyak enjin kereta adalah benda paling penting dalam kaedah penjagaan kereta. Sebaiknya, tukarlah minyak enjin mengikut gred minyak enjin yang disarankan pengeluar kereta anda. Lagi bagus jika anda memilih minyak enjin PETRONAS SYNTIUM

Dibawah ini adalah antara kelebihan menggunakan PETRONAS SYNTIUM:

        • Mudah Dicari
        • Melindungi Enjin
        • Stabilkan Suhu Enjin
        • Jimat Bahan Api
        • Kekal Prestasi
        • Pelbagai Gred

Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk menjaga kereta dengan mudah dan lebih efisyen. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! 🙂


Ibu Pejabat (HQ)

Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd
(1353137-M)
No. 4230-AA, Persiaran Raja Muda Musa,
Kampung Raja Uda,
42000, Klang, Selangor

Hotline

+6 010 385 1177

This will close in 0 seconds