INSURANS MARIN

“Ventura Trans and Services Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat yang berdaftar sebagai Agen Perlindungan Insurans marin. Kami juga menawarkan pilihan kepada semua pelanggan agar kenderaan yang dihantar mendapat jaminan dan perlindungan sewajarnya dengan kos yang amat berpatutan”

AWAS! banyak syarikat perkapalan yang mengaku mereka juga ada menawarkan perlindungan insurans namun ianya hanyalah penipuan malah tidak mempunyai polisi insurans langsung.

Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd merupakan agen berdaftar dengan AXA Affin Insurance Malaysia dalam menyediakan pakej insurans marin terbaik.

Perlindungan yang disediakan termasuk:

  1. Kapal Tenggelam
  2. Tsunami
  3. Kebakaran
  4. Reverse Ship
  5. Lushing Disconnected
  6. Perlanggaran kapal dengan jeti / kapal sesama
  7. Letupan
  8. Kecurian bahagian kereta (cermin sisi, bumper, stereng, lampu, bateri dan lain-lain)
  9. Kemalangan kenderaan di atas kapal.

Kaedah Pengiraan Bayaran Premium (berdasarkan nilai pasaran / nilai kenderaan).

Sebagai contoh:

a) Perodua Myvi (2016) dengan nilai pasaran RM33,000.00

Bayaran Insurans Marin adalah:
= Nilai Pasaran Kenderaan  X 0.35% + Duti Setem (RM10)
= RM33,000 X 0.35% + RM10.00
= RM125.00
 

b) Honda Accord (2017) dengan nilai pasaran RM100,000.00
Bayaran insurans Marin adalah:
= Nilai Pasaran Kenderaan X 0.30% + Duti Setem (RM10)
= RM100,000 X 0.30% + RM10.00
= RM310.00

Nota: Kos terendah untuk memiliki Insurans Marin ini ialah bernilai RM125 walaupun nilai pasaran kenderaan adalah kurang daripada RM33,000.00. Namun sebarang tuntutan adalah berdasarkan harga pasaran kenderaan tersebut.

Barang-barang peribadi yang dibawa oleh pelanggan seperti telefon bimbit, komputer riba, wang, duit syiling, alat smart tags dan aksesori tambahan yang dipasang tidak akan dilindungi oleh insurans ini. Pihak insurans tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan aksesori seperti turbometer, pembesar suara tambahan, subwoofer dan lain-lain. Kami hanya bertanggung jawab kepada aksesori  Kenderaan Asas SAHAJA.